Wednesday, November 10, 2010

PEDOMAN HIDUP

APABILA HIJAB TERSINGKAP..

Allah s,wt., Tuhan  kita pemilik sifat sifat sempurna. Tidak ada kekurangan sedikitpun yang menghinggapi kesempurnaan-Nya tidak ada aib dan cacat sedikitpun dalam keindahan-Nya. Ia maha indah dan menyukai keindahan. Keindahan-Nya mengatasi segala keindahan. Dan kenikmatan
memandang-Nya mengatasi segala kenikmatan

Selama didunia, kita terleka oleh pelbagai kesibukan  sehingga tidak mampu menyedari kehadiran Allah s.w.t bersama kita. Dunia, syaitan dan hawa nafsu adalah hijab yang menutup mata kita dari cahaya ilahi. Maka kita ibarat orang buta yang tidak mampu melihat matahari, meskipun matahari
itu megah bersinar dihadapan wajah

Apabila allah berkenan menyempurnakan nikmat-Nya kepada ahli syurga, Dia menyingkap hijab tersebut sehingga semua mata dapat melihat Keindahan Sempurna Yang Tiada Tara. Hati-hati yang selama ini rindukan Tuhan bergetar  dahsyat, air mata syukur bercucuran, lidah terasa kelu selain bertahmid memuji Allah s.w.t. Tidak ada kata yang dapat menggambarkan keindahan Tuhan alam semesta. Maha suci allah, tidak ada tuhan selain-Nya.

BUTA HATI DI DUNIA, BUTA MATA DI AKHIRAT

Orang yang paling rugi adalah mereka yang terhijab daripada mengenali Allah di dunia sehingga terhijab daripada memandang allah di akhirat. Mereka ialah orang yang buta mata hatinya akibat dosa-dosa yang mereka lakukan dan tidak pernah tergerak untuk mengenal Tuhannya di dunia. Semakin banyak dosa yang mereka lakukan, semakin gelap hati mereka dan semakin tertutup pandangan  matanya di akhirat kelak. Mereka tidak dapat memandang keindahan Allah s.w.t  lalu terbakar dalam api penyesalan yang sangat menyakitkan.

Tuesday, November 2, 2010

KATA KATA HIKMAH

SESIAPA YAN MEMAAFKAN KETIKA IA BERKUASA MEMBALASNYA NESCAYA ALLAH MEMAAFKANNYA PADA HARI AKHIRAT.

SABAR ITU SATU DARIPADA CABANG IMAN SEPERTI KEPALA SEBAHAGIAN DARI TUBUH BADAN.

ORANG YANG PALING SERING KENYANG DIDUNIA PADA HARI KIAMAT AKAN MENDERITA  KELAPARAN YANG AMAT SANGAT.

DIALAH YANG MEMBERI RAHMAT KEPADA MU DAN MENGELUARKAN KAMU DARI KEGELAPAN.

BUDI PEKERTI YANG BAIK MENCAIRKAN DOSA SEPERTI AIR MENCAIRKAN GUMPALAN SALJU. SEDANGKAN PERANGAI BURUK MEROSAKKAN AMALAN SALEH SEPERTI CUKA MEROSAK MADU.

SIFAT SIFAT YANG BAIK ITU TIDAK DI ANUGERAHKAN MELAINKAN KEPADA ORANG ORANG YANG SABAR DAN TIDAK DIANUGERAHKAN MELAINKAN KEPADA ORANG ORANG YANG MEMPUNYAI KEBERUNTUNGAN YANG BESAR.

APABILA ENGKAU BANGUN PAGI JANGANLAH ENGKAU TUNGGU HINGGA  KEPETANG DAN JIKA ENGKAU BERADA DIWAKTU PETANG JANGANLAH TUNGGU WAKTU PAGI. SEDIAKANLAH BEKAL HIDUPMU DARI SEKARANG UNTUK MATIMU KEMUDIAN HARI DAN AMBIKLAH KESEMPATAN MASA SIHATMU SEKARANG UNTUK MASA SAKITMU NANTI.

Wednesday, October 20, 2010

RENUNGAN

DOA SEORANG HAMBA
Di sepertiga malam,
Ku sujud menghambakan diri,
Hatiku terus merintih,
Mengharapkan keampunan dari-Mu Ya Allah.
Ya Allah,
Engkau  jadikanlah diriku seorang anak dan isteri yang solehah,
Yang bisa mendamaikan hati suami dan anak anakku,
Kau jadilkanlah diriiku seorang wanita yang solehah,
Yang sentiasa menumpahkan sepenuh ketaatan
Kepada-Mu,
Engkau jadikanlah hati ini,
Hati yang sentiasa mengingatimu,
Agar dapat ku memiliki sekeping hati yang tenang,
Jauh dari hasad dengki dan kepalsuan dunia,
Ya Allah
Ya Tuhanku
Engkau hadirkanlah cintaku kepada-Mu mengatasi segala-galanya,
Agar dapat ku kecapi erti cinta yang suci,
Engkau jadikanlah lidahku ini,
Lidah yang sentiasa menyebut nama-Mu,
Jauhkanlah lidah yang tidak bertulang ini,
Daripada mengguris kalbu hamba-Mu yang lain,
Ya Allah,
Engkau jadikanlah seluruh anggota ini,
Sentiasa tunduk dan patuh kepada ketentuan-Mu,
Moga dapatku kecapi,
Kebahagian yang hakiki,
Amin.


Monday, October 18, 2010

Orang Baru.....!!!!!!!!!

Assalamalaikum....
sye baru berblog...
mane2 lau ad slah...tolong2 la ajarkan yer.....
....................................................................

maklum lah..sibuk ngah keje2 rumah....
sje je sbenarnye wat blog nie..

smpi sini  sjelah dulu....
jmpe lagi....